1. Kuah Sambal Tumis
Bahan2:
1. Bawang putih, merah, besar, halia (dikisar)
2. Cili giling
3. Santan
4. Serai
5. Asam keping
6. Gula dan perasa
Cara2:
1. Tumis semua bahan kisar & cili kering sehingga naik baru
2. Tambahkan air
3. Masukkan santan, serai n asam keping
4. Perasakan dgn gula dan perasa
2. Sambal ikan
Bahan2:
1. Kelapa parut
2. Serai
3. Bawang merah
4. Ikan kembung
5. Gula dan perasa
Cara2:
1. Goreng kelapa parut (tanpa minyak) sehingga kekuningan dan tumbuk
2. Rebus ikan dan ambilkan isi untuk dtumbuk
3. Serai dan bwang merah ditumbuk halus
4. Gaul sebati kesemua bahan dan tmbahkn gula dan perasa.
3. Ayam golek2
Bahan2:
1. Drumstick
2. Bwang merah, putih, halia (ditumbuk)
3. Kunyit
4. Perasa
Cara2:
1. Rebus ayam terlebih dahulu sehingga empuk
2. Perapkan ayam yg telah d rebus dgn bahan yg dtumbuk,kunyi n perasa
3. Golekkan2 (bakar) atas frying pan
4. Kerabu
Bahan2:
1. Sayur kacang
2. Kobis
3. Bunga kantan
Cara2:
1. Hiris halus semua bahan dan gaul sebati
ok...siap dah semua rencah2 nasi kerabu...recipe ni inspirasi dr recipe ns kerabu dr blog azie n diubahsuai ikut selera sy ckt..tq for sharing d recipe