Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Sunday, February 19, 2012

-dr 7 petala cinta-

‎(♥) (♥) Setiap wanita muslimah hendaknya memilih calon suami yang 
memenuhi syari'at islam. Di antara ciri-cirinya adalah sebagai berikut:-

••► Memilih calon suami yg mempunyai agama dan akhlak, agar ia dapat melaksanakan kewajiban secara sempurna dlm membimbing keluarga, menunaikan hak istri, pendidikan anak, tanggung jawab yg benar dlm menjaga kehormatan dan menjamin material rumah tangga.

••► Memilih calon suami yg bukan dari golongan orang fasik tukang pembuat dosa yg dpt memutuskan tali kekeluargaan.

••► Berniat sungguh-sungguh akan menikah bila menemukan wanita yg cocok setelah melihatnya sewaktu meminang.

••► Mempercepat akad nikah dan tidak menggantungkannya untuk jangka waktu yg lama sehingga ada kemungkinan menyurutkan keinginan menikah dan membatalkan pinangan.

••► Tidak berkhalwat (pergi berduaan) dgn wanita yg dipinang.

••► Hanya berkunjung dan masuk ke rumah wanita yg akan dipinang bila di sertai mahramnya.

••► Tidak melakukan pembicaraan batil dan sia-sia saat berkunjung.

••► Tidak menyeringkan datang ke rumah wanita yg dipinang.

••► Tidak mencuri pandangan yg dpt membuka pintu-pintu syahwat.

••► Tidak mengambil pinangan orang lain.

••► Sehat jasmani dan rohani.

••► Tidak berlebih-lebihan dlm berpakaian dan berbicara.

••► Tawadhu' (rendah diri).

••► Bergaul dgn orang-orang soleh.

••► Menghormati orang tua wanita yang dipinang.

••► Rajin bekerja dan berusaha.

••► Optimis.

••► Mengucapkan salam ketika berkunjung dan pulang.

••► Tidak mengungkiri janji dan berandai-andai.

Thursday, January 26, 2012

-salam jumaat-

assalamualaikum...slam jumaat to all... :)hr nih merupakan penghulu segala hari
so ape kate kt cerita cket psal kelebihan hr jumaat nih ye

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)

Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Sahih, al-Hakim:3392, disahihkan oleh al-Albani)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (Sahih, Abu Daud: 1048, di sahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, an-Nawawi dan al-Albani)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi. Al-Albani mengatakan hadis ini hasan dalam Ahkam Janaiz).
-sumber rujukan:lenggangkangkung blogspot.. :)

Sunday, September 18, 2011

-nota cinta-

Cinta ibarat kupu-kupu..Makin kau kejar,makin ia menghindar. Tapi bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu disaat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima. Cinta bukannya mencari seseorang yg sempurna,tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna…♥

“Kalau benar ingin jadi lelaki yang mencintai perempuannya, maka mulalah dengan beruasaha membawa diri sendiri ke Syurga. Kerna nanti, kau perlu memimpinnya ke sana.” — Hilal Asyraf

Jangan mendahului-Nya dgn menetapkan seseorg itu adalah jodohmu, sebelum ijab kabul dia bukan siapa-siapa bagimu, belum halal utkmu.Andai dialah jodohmu yang tertulis di Lauh Mahfuzh,Allah pasti akan menanamkn rasa kasih dlm hatimu & hatinya,itu Janji Allah.Akan tetapi,selagi kalian tidak diikat oleh ikatan yang Halal,selama itu jangan mubazirkan perasaanmu.Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan…♥

Serahkan masamu hanya untuk Allah, pasti Allah akan uruskan masa hidupmu dengan sebaiknya. Serahkan hatimu dan cintamu untuk Allah, pasti DIA akan berikan hati dan cintamu kepada pemilik yang sebenar…

“Kalau kita betul-betul sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi, jangan kau halang dia, andai sudah tersurat dia milik kau, suatu masa nanti dia pasti balik pada kau walau sehebat manapun pengganti yang dia jumpa dan andai kau sayangkan sesuatu benda itu, jangan kau genggam dia terlampau kuat, bimbang ianya pecah didalam genggaman kau sndiri…♥”

“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padany.. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu siapa jodoh kita.”

Jika kamu mencintai kerana dia pandai, itu bukan cinta tetapi kagum.
Jika kamu mencintai kerana dia cantik/hensem, itu bukan cinta tetapi nafsu.
Jika kamu menyintai kerana takut dia sakit hati, itu bukan cinta tetapi kasihan.
Jika kamu menyintai kerana dia baik, itu bukan cinta tetapi rasa terima kasih.
tetapi jika menyintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu menyintainya, itulah cinta yang sesungguhnya!♥

Tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ku. Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah ku tidak setanding dengan kesolehan mu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari diri mu.

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.♥

-dipetik dr artikel cinta-

Sunday, May 29, 2011

Andai Kau Ingin Menyayangi Seseorang…

Jika kamu memancing ikan….
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu….
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ………
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang…
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya….
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja….
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. …
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh….
cukuplah sekadar keperluanmu. …
Apabila sekali ia retak….
tentu sukar untuk kamu menambalnya semula….
Akhirnya ia dibuang….
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi….
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya….
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa….
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya….
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya….
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…..
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain…
Kamu juga yang akan MENYESAL…

Monday, May 2, 2011

-Calon suami dalam islam-

  • Kuat agamanya
    Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.
  • Baik akhlaknyaKetegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.
  • Tegas mempertahankan maruah
    Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?
  • Amanah
    Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
  • Pemurah tetapi tidak borosDia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
  • Tidak liar matanya
    Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.
  • Terbatas pergaulan
    Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.
  • Rakan pergaulannya
    Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.
  • BertanggungjawabRasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.
  • Tenang wajahApa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.
Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.
Ya Allah ya tuhanku...pertahankan lah hubungan aku dgn si dia kerana dia memiliki stp ciri2 di atas....amin~

Saturday, April 23, 2011

-lelaki dan kejujuran-

Entri kali ni aku nk ulas psal lelaki n kejujuran..
Sbb lately aku ade experience ngn lelaki yg x jujur dlm perhubungannye..jujur,setia,ikhlas sume tu mmg aspek plg pnting dlm hubungan
xkr la hubungan kekasih ke suami isteri ke adik beradik ke kawan ke..mmg bende2 tu kene ade
but here aku nk specific kan hubungan kekasih la..sbb b4 jd suami isteri kt kene pg ke fasa couple dlu kan..tu lumrah alam la.

Aku pun xtau nape laki sgt ssh nk jujur dlm sesuatu perhubungan tu.kdang2 tpk gak aku klo aku ni seorang lelaki..aku pun jd mcm dorang gak ke? Wallahualam..
Tp seriously aku rs simpati pd pompuan2 yg ade bf cmtu..silap pompuan ke laki jd cmtu? Klo silap pompuan,bgtau la pompuan tu.nape nak men kayu 10 kt blakang? Klo da dalam hubungan kekasih da xjujur xmustahil bl kawen pun mcm tu gak..kesian wahai isteri...

Perangai boleh berubah..allah xkan mengubah perngai hambanya kalau hamba nye xde usaha n keinginan untuk berubah..renung2kan dan selamat beramal.....

Wednesday, April 20, 2011

-al-fatihah-

hr ni, ayah kepada kwan aku telah kembali ke rahmatullah...salam takziah untuk die n family
marilah kt sm2 sedekahkan alfatihah dan berdoa agar roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh....

kt yg hidup harus meneruskan perjuangan..perbaiki kelemahan dan kekurangan diri dan berusaha untuk menjadi lebey baek dr ape yg kt jd skang...

al-fatihah untuk arwah atok aku jgak...

Thursday, November 11, 2010

-al-fatihah~~~~~






Bleh nampak ke tu...al-fatihah~~
sama2 la kt sedekahkan al-fatihah pd allahyarham..smoga rohnya dicucuri rahmat....

kta yg msh hidup nih...bwak2 la insaf dan kembali ke landasan yg benar selagi ada kesempatan..

Friday, November 5, 2010

-Tenangkan jiwa-

Tips dr Dr. Fadzilah..renung2kan dan selamat beramal...

 1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a
Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat
Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda
4) Membaca Al-Quran
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.


5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari
Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah
"Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -


CUBALAH!!

8) Berpuasa
Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati
Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati  kerana bimbang akan mati bila-bila masa
10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah


12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan 
 jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama


15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera
mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat


Tuesday, December 15, 2009

-marah...kenape??-

assalamualaikum..ttb je tpk pasal topic kt atas tu..bukan ape..kenkadang tu pelik tengok bl org tu ttb je nk marah2 xtentu pasal..xpun diri sndiri..org slalu kate 'emo'..al-kisahnye cmnih..sy ade sorang kawan..lelaki lak tu..xtau la die nih..pantang salah cakap cket mula la nk mengamuk..padehal xde bende pun..bl da jd mcm nih..tu yg tpk nape la manusia sejagat nih mudah sgt nk menunjukkan perasaan marah tu..
usha2 kt goOgle..jmpe st fakta tp benar yg menyatakan antara sbb mudah marah is kurang tdo..bl ms tdo tu xckup..manusia sukar untuk mengawal emosinye..so dat's y mudah sgt nk marah..ade jgak logiknye..tp bg sy..klo kt rajin mendekatkan diri dengan Allah..insyaAllah akan sntiasa berasa tenang dan dpt mengawal emosi yg negative..So nasehat sy kt cnih..make sure ckup tdo n bersihkan dalaman kt :)