Friday, November 5, 2010

-Tenangkan jiwa-

Tips dr Dr. Fadzilah..renung2kan dan selamat beramal...

 1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a
Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat
Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda
4) Membaca Al-Quran
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.


5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari
Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah
"Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -


CUBALAH!!

8) Berpuasa
Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati
Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati  kerana bimbang akan mati bila-bila masa
10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah


12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan 
 jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama


15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera
mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat


1 comment:

  1. psl tidur tu pel:

    ambil wudhuk sebelum tidur dan baca 3 kul. InsyaAllah... kita akan dilindungi Allah SWT semasa tempoh tidur kita. =)

    ReplyDelete