Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Monday, November 17, 2014

Mee Goreng Mamak (basic recipe)


Bahan2:
1. Mee kuning 
2. Fillet ayam
3. Bawang merah n putih (dikisar)
4. Cili giling
5. Serbuk kari
6. Sos cili,kicap manis,sos tiram
7. Gula n perasa
8. Telur
9. Tomato

Cara2:
1. Perap fillet ayam with bahan no 6 n 7
2. Tumiskn bahan no 3 sehingga naik bau
3. Masukkan cili giling n serbuk kari
4. Tambahkan gula,perasa
5. Bila paste da masak,cmpurkan fillet ayam yg da dperap dan gaul sebati
6. Masukkan mee kuning yg telah dbersihkn n dtos
7. Buat bulatan tengah dan msukkan telur (tggu telur agak2 masak sblm digaul sebati dgn mee kuning)
8. Gaul sebati sehingga agak2 kering ckt n cukup rasa semua
9. Masukkan tomato dan gaul sekejap dan angkat ke dlm pinggan untk d hidang

Note: 
1. boleh letak bahan2 tambahan seperti tauhu n kentang mcm kt kedai2 mamak biase 
2. quantity bahan2 kene pandai anggarkan ikt bnyk mn nk buat n ikt citarasa tukang masak je


Sunday, November 4, 2012

- Daging berlada-

Menu nih aku ske tp org kt umah xbape sbb dorang x makan pedas..sbb tu jarang sgt nk wat..coz xde geng nk makan..but still this is one of my fav..hehe

Bahan2:
1. Daging dihiris kecil2
2. Cili, bawang putih, bawang merah (dikisar kasar)
3. Asam jawa adabi (1/2 sudu besar)
4. Bawang besar dihiris nipis
5. Gula dan cukup rasa
6. Kunyit dan garam

Cara2:
1. Rebus daging sehingga empuk
2. Perap dengan kunyit, garam dan goreng
3. Alihkan daging yg telah digoreng
4. Tumis bawang besar, dan bahan (2) sehingga naik bau
5. Masukkan daging yang telah digoreng dan gaul rata
6. Tambahkan sedikit air asam jawa
7. Tambahkan gula dan cukup rasa

Ok, siap untuk dihidang..


-Terung goreng kicap-

Menu ni sangat sesuai untuk org yg dok bujang..yg da berfamily pun buley je nk wat klo rs cm malas nk masak yg heavy2 kan..msak yg simple pun sedap jgak :)

Bahan2:
1. 2-3 biji terung di potong spt dlam gmbo (ikut suke bape bnyk nk makan)
2. Kicap manis
3. Gula cket je
4. Butter 1 sudu besar

Cara2:
1. Panaskan butter
2. Goreng terung
3. Masukkan kicap
4. Tambahkan gula

Siap!!!! senang sgt kan?



-Butter Prawn-

Antara favourite menu yg org umah slalu request..simple n easy...but yummyyyy



Bahan2:
1. Udang untuk 4-5 orang makan
2. Bawang putih 3 ulas
3. Daun kari setengah tangkai
4. Susu pekat 2-3 sudu besar
5. Susu segar 3/4 cawan
6. Gula, bahan perasa
7. Tepung jagung 1sudu kecil dibancuh
8. Butter 2 sudu besar

Cara2:
1. Perap udang dengan cukup rasa.
2. Goreng udang dan alihkan ke tepi.
3. Cairkan butter
4. Masukkan bawang putih yg telah dihiris sehingga naik bau
5. Masukkan daun kari
6. Tambahkan susu segar, susu pekat dan gula
7. Tambahkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata
8. Tambahkan sedikit bahan perasa jika perlu
9. Masukkan udang yang telah digoreng dan kacau rata
10. Siap sedia untuk dihidang

Enjoy eating ^_^

Notes: Kalau nak lebih pekat, lebihkan tepung jagung, kurang susu segar dan goreng udang bersalut tepung spt gamba di bwah


-Sepetang bersama Nachos-

terasa lama sgt xupdate blog nih..huk2..so petang nih ttb rs nk update something untuk korang kt luar sana..especially for those yg suke sgt nyum2 mcm aku ^_^

tengok ade minced meat dlm peti ais terus je terasa nk wat roti daging @ lasagna version kampung..hik2...tp..lain yg diplan..lain lak yg jadi bl minced meat yg da siap menjadi santapan tetamu..tepakse la cancel wat roti daging sbb daging nye da xbape nk ckup...

so here we go to the plan B....nachos untuk minum petang siap sedia untuk di makan...tadaaaaaaaa
 
Bahan2:
1. Minced meat dinyahbekukan terlebih dahulu
2. Bawang putih, bawang merah, cili (dikisar) untuk perapan dan menumis
3. Bawang besar dipotong dadu
4. Cendawan butang dihiris nipis dan dipotong dua
5. Sos cili, sos lada hitam
6. Cukup rasa, gula
7. Cheese (di parut)
 
Cara2:
1. Perap minced meat dengan bahan 2,3,5 dan 6
2. Panaskan minyak
3. Tumiskan sedikit bahan 2 sehingga naik bau
4. Masukkan minced meat dan tambahkan sedikit air
5. Tambahkan cendawan
6. Tambahkan bahan perasa jika perlu
7. Letakkan ke dalam bekas
8. Taburkan cheese yang telah di parut
9. Panaskan di dalam microwave untuk mencairkan cheese
10. Hidangkan bersama2 Chachos seperti gambar di atas
 
Selamat menjamu selera ^_^
 
 
 
 
 
 
 

Thursday, June 14, 2012

-Ayam kobis bunga halia madu-

Recipe ke 2 of the month..hehe..bunga2 x nm recipe die..hik2..

Bahan-bahan:
1. Ayam dihiris kecil-kecil (4 orang makan)
2. Kobis bunga
3. Halia dihiris halus (sebesar ibu jari)
4. Bawang besar dihiris halus (1 biji)
5. Bawang putih, bawang merah dan cili kering yang telah dikisar (1 sudu besar)
6. Madu (2-3 sudu besar)
7. Bahan perasa

Cara-cara:
1. Panaskan minyak ke dalam kuali dan tumis bawang besar, halia dan bahan kisar sehingga naik bau
2. Masukkan ayam yang ditelah dibersihkan dan tambahkan sedikit air
3. Campurkan bahan perasa.
4. Masukkan kobis setelah ayam separuh masak
5. Tambahkan madu dan gaul rata
6. Biarkan selama 2-3 minit dan sedia untuk dihidang ke dalam pinggan


Selamat mencuba (^_^)v

Wednesday, June 13, 2012

-Ayam Pedas Penang-

Salam pagi khamis :)
ade sape2 x pose arini? klo ade cik pel nk mintak maaf yer klo gmbo hiasan kt bwh nanti menggugat keimanan anda..ehhehe
ok, hr ni nk share recipe favourite zaman sjak kecik lg

Bahan-bahan:
1. Ayam 6-7 ketul (untuk 3-4 orang makan)
2. Bawang putih - 5 ulas (dikisar)
3. Bawang merah - 5 biji (dikisar)
4. Cili kering/giling - 3 sudu besar (boleh ditambah/dikurang mengikut kepedasan anda)
5. Air asam jawa - 2 sudu besar
6. Gula, garam dan bahan perasa secukup rasa
7. Kunyit - 1 sudu kecil

Cara-cara:
1. Bersihkan ayam dan toskan
2. Perapkan ayam dengan garam, bahan perasa dan kunyit untuk digoreng
3. Goreng ayam (tidak terlalu garing) dan asingkan ke dalam pinggan
4. Tumis bawang putih, merah yang telah dikisar sehingga naik baru.
5. Masukkan cili giling dan gaul sebati
6. Tambahkan sedikit air supaya tidak terlalu kering
7. Masukkan bahan-bahan perasa (gula, garam dan bahan perasa)
8. Tambahkan air asam jawa
9. Masukkan ayam yang telah siap digoreng tadi dan gaul dalam 2-3minit

jeng..jeng..jeng...inilah hasilnya..selamat mencubaaaa (^_^)


Note: tak tau nape recipe die ayam pedas penang..hehe..

Friday, May 11, 2012

ayam kukus serai

hye..hye... jom cb recipe nih

Bahan-bahan:
1. Satu ketul (ketul eh?) drumstick
2. Bawang putih (2-3 ulas ditumbuk)
3. Halia (1/2 inchi ditumbuk)
4. Serai di hiris membulat
5. Cili merah di hiris membulat
6. 1 sudu besar madu
7. Secubit bahan perasa
8. Lada hitam
9. Sos tiram

Cara-cara:
1. Bersihkan ayam dan perap dengan bahan yang telah ditumbuk dan secubit bahan perasa.
2. Taburkan serbuk lada hitam di bahagian atas ayam
3. Kukuskan ayam sehingga masak (20-30min)
4. Sementara ayam di kukus, boleh la nk wat sos dier..panaskan olive oil (wajib..hehe) di dalam kuali
5. Bila minyak da panas, masukkan serai n cili besar yang telah dihiris
6. Masukkan sedikit sos tiram, madu dan kacau selama 2-3 minit.

Bila da siap kukus, letakkan sos tadi kt atas ayam tu..tadaaaa...siap untuk di makan...sehat kan? selamat mencuba ^_^

Saturday, March 17, 2012

-ayam kicap cili kering-

menu yg simple tp sedap :) sape2 pun leh cb

bahan2:
1.5-6 ketul ayam dibersihkan dan ditoskan
2.3 btang cili kering dipotong dua
3.halia (2inchi) dihiris halus
4.bawang putih (3-4ulas) dihiris halus
5.bawang besar (stgh biji) dihiris halus
6.lada hitam
7.kicap manis adabi
8.sos tiram 1/2 sudu
9.tpung jagung 1/2 sudu dicairkan
10.garam,gula,perasa secukup rs
11.kunyit

cara2:
1.perap ayam yg da dibersihkan dgn kunyit,garam,perasa
2.goreng ayam yg diperap
3.alihkan ayam yg tlh digoreng ke dlm pinggan
4.tumiskan bawang besar,halia,bwang putih sehingga naik bau
5.msukkan cili kering yg da direndam n dtoskan
6.masukkan kicap,sos tiram,lada hitam dan gaul rata
7.cmpurkan sdikit tpung jgung yg dilarutkan dgn air
8.masukkan ayam yg telah digoreng dan gaul rata
9.tmbhkan sdikit gula dan bahan perasa
10.siap untuk dihidang

Selamat mencuba :)

Saturday, October 8, 2011

-cheesy sosej koktail seaweed-



Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 10 biji sosej koktail
  • 9 keping seaweed
  • 2 keping cheese
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sos cili life
  • butter




Cara-cara

  1. Potong sosej kepada 2 bahagian dan susun ke atas pinggan yang dah disapukan butter
  2. potong helaian seaweed & cheese dalam potongan yang kecil dan taburkan ke atas susunan sosej
  3. Taburkan lada hitam dan letakkan sedikit sos di bahagian atas
  4. masukkan ke dalam microwave selama 2 minit dan siap :)

-da upload kt myresipi.com jgak for sharing..selamat mencuba...-

Friday, September 16, 2011

-taugeh celur-

aktiviti hujung minggu bersama laptop n recipe hunter
st lg recipe yg simple n eazy n berkhasiat..
Bahan2:
150 gm taugeh
* 2 sb air panas
* 1/2 sk serbuk pati ayam
1/2 sk kicap pekat
1 sb kicap manis
1 1/2 sb sos tiram
1 sk minyak bijan / minyak bawang putih
sedikit lada sulah
secubit garam (sekiranya sos tiram yg digunakan tak masin)
Cara2:
1.Celur taugeh, jgn lama takat 1 min jer. Toskan airnya dan ketepikan
2. Satukan bahan bertanda *. Sekiranya buat nasi ayam lg sedap gunakan kuah sup. Ambil 2sb sebagai ganti air panas.
3. Satukan bahan bertanda * dan bahan yg lain, siap sos. Tuang sos keatas taugeh celur tadi.
4. Sebelum dihidang taburlah dgn hirisan daun bawang, lada merah dan bawang goreng


tunggu da cuba dlu baru up gambo yer.. =)

Thursday, September 15, 2011

-rendang udang-

selamat hari malaysia!!! =)
sbb hr ni cuti..so aktiviti kegemaran adelah memasak...so jom try recipe nih..pg td bgn2 tdo terus g usha2 recipe yg cm best nk dimasak hr ni kt internet..so here we go...rendang udang..pelikkan bunyinye..sbb jrang org msak rendang dgn udang..mostly ayam or dgg.tp tgk pic dier cm sedap tu yg teruja nk try..so kamu2 kt luar sana tu boleh la mencuba jgak ye..

Bahan2:
1. Udang (5-6 org makan)
2. 1 biji bawang besar* dikisar
3. 4 ulas bawang putih* dikisar
4. 2 hiris halia* dikisar
5. cili kisar*
6. 2 batang serai
7. 1 cawan santan
8. 3 sudu besar kerisik
9. 2 sudu besar serbuk kari
10. Air asam/ asam keping
11. Garam, gula

Cara2:
1. Panaskan minyak & tumis bahan * sehingga naik bau. Kemudian, masukkan serbuk kari, serai dan gaul
2. Masukkan santan, kerisik, air asam, garam dan gula. Gaulkan sehingga sebati, tambahkan sedikit air dan biar sehingga mendidih
3. Masukkan udang yg telah dibersihkan dan ditoskan. Gaulkan sehingga sebati dan dibiarkan beberapa min sehinggga masak.
4. Alihkan ke dalam pinggan untuk dimakan bersama nasi putih


Selamat mencuba~~

-recipe FA lagi-

Bahan-bahan ( 1kilo cookies = 100 keping )
1 cawan gula
1 cawan padat gula perang *
1 cawan mentega (~150gm)
1 cawan minyak
1 telor
1 sb susu segar
4 cawan tepong gandum
1 sk garam *
1 sk cream of tartar
1 sk baking soda
½ cawan walnut cincang
2 cawan semisweet chocolate chips
1 sk vanilla extract
Cara-cara

Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.
Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips
Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.
Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven)
Nota * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.
Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain
1) Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang 2)Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan (3) utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.


Copy n paste fresh dr myresipi.com
harus di cuba ni..heheeh

Wednesday, August 3, 2011

-Udang mayo cik pel-

Bahan2:



1. Udang - 8 ketul

2. Mayonese - 2½ sudu besar

3. Sos cili life - ikut cita rasa

4. Bawang besar - 1 biji (di hiris bulat2)

5. Kentang - 1/2 biji di hiris nipis

6. Cili hijau - cket je dihiris serong untuk memvariasikan warna :)
7. Bwg n cili merah yg telah di kisar - 1 sudu besar (sebagai pelengkap recipe aku)

8. Bahan perasa (garam, gula, aji) - secukup rasa





Cara2:


1. Bersihkan udang dan letakkan sedikit gula, garam n aji n biarkan beberapa saat sblm di goreng

2. Panaskan minyak untk menggoreng

3. Goreng udang separuh masak dan alihkan ke dalam pinggan

4. Goreng kentang yg telah siap dihiris dan alihkan ke dalam pinggan yg sm

5. Kurangkan minyak untuk menumis bawang besar & bahan (7)

6. Setelah naik bau, masukkan udang dan kentang dan gaul perlahan

7. Masukkan mayo, sos cili dan cili hijau

8. Tambahkan bahan perasa untuk kesadapan yg terjamin…hehehe

9. Alihkan ke dalam pinggan untuk dihidangkan pd tetamu

Selamat mencuba (^^,)v

-inti telur bungkus-

assalamualaikum..azam bulan puasa aku nk wat entri pasal makan jer...no emo2..no touching2..hehehe
so hari nih..ttb mood nk mengupdate blog ngn recipes cik pearl membuak2 bl my darling (cik puan art) tanye psal recipe ayam masak pedas td siang..


hr nih tadi aku ditugaskan untuk wat telur bungkus while my mom wat dgg goreng n sup sayur. Dulu aku penah wat entri telur bngkus gak tp just share recipe jer n xde gmbo inti die..
so here we go for the telur bungkus cik pearl untuk bulan puasa nih..


1. Perencah nenek pearl (wajib ade dlm stp masakan)

a)Bawang putih & halia telah di kisar



















b)Bawang merah & cili giling yg telah di kisar

2. Daging cincang yg telah dibersihkan & dicampurkan dengan 2 sd (a), 3 sd (b), 1 sd serbuk kari, 2 sd gula, garam n ajinomoto seckup rasa. Gaul sehingga betul2 rata n meresap ke dalam daging dan biarkan selama 2-3 min.





3. Panaskan minyak n tumiskan bawang besar yg telah dipotong dadu. Tumis sehingga warna bertukar kekuningan atau naik bau.


4. Masukkan 2 sudu (b) dan kacau sehingga sehingga naik bau n pecah minyak







5. Masukkan daging cincang yg telah diperap bersama kentang (2 biji)yg telah dipotong dadu ke dalam kuali. Kacau sehingga betul2 masak, tambahkan sedikit air. Tambahkan sedikit sos cili dan bahan perasa (jika perlu). Alihkan ke tepi apabila sudah masak.




Siap dah inti telur bungkus....ok, skang kt buat telur nye plak...senang je..just follow sequence dlm gmbar kt bawah nih...


senang je kan???hehehe...selamat mencuba kawan2 (^^,)v


Friday, June 17, 2011

ikan bakar + air asam cik pel

first try..j0m mkan



first try..jom mkan
bahan2 A:
-ikan tenggiri di potong (size ikut suka)
-bawang putih,halia,cili merah,bawang merah (dikisar)

bahan2 B:
-bwg merah 4 ulas,cili merah (ditumbuk kasar)
-asam jawa
-tomato 1 biji (dipotong dadu)
-bwg besar (dipotong halus)
-garam,gula n aji sckup rs

cara2:
1.bahan A
-basuh ikan yg da siap dipotong
-perap ikan dgn bhan yg tlah dikisar slm setgh jam
-panaskan butter n letakkan ikan ke dalam frying pan.
-bakar sehingga masak n alihkn ke dlm pnggan

2.bahan2 B:
-cmpurkan semua bhan n masukkan sedikit air 
-gaul bahan2 sehingga bercmpur
-masukkan gula,garam n aji seckup rasa

ikan bakar + air asam cik pel siap sedia untk dimkan bsm family tercinta :)
selamat mencuba~~

Wednesday, June 15, 2011

-telur bungkus-

menu kedua time sakit gusi ^_^
patut amik gmbo time telur nih di potong..bru nmpak inti dalam..hehehe
xpe la..len kali je la klo ade wat lagi :D
bahan2 untuk intinye:
- daging cincang
- sos bbq, kicap manis, sos tomato, sos cili
- gula & garam seckup rasa
- bawang besar (dihiris halus)
- bawang putih (dihiris halus)
- bunga kobis (dipotong kecik2)


cara2 membuat intinye:
- tumis bawang besar, bwang putih sehingga naik bau
- msukkan dgg cincang yg telah dibersihkan n di toskan..
- masukkan sos bbq, kicap manis, sos tomato, sos cili, garam n gula (ikut gerak hati je bape bnyk nk letak)
- masukkan bunga kobis apabila dgg tu da masak
- biarkan selama seminit n alihkan ke dalam mangkuk
cara2 membuat telur bungkus:
- kacau 3 biji telur
- panaskan minyak ke dalam kuali n masukkan telur dan di goreng leper
- masukkan inti apbl telur tu da masak (pastikan api dikecikkan)
- lipat telur dlm bntuk 4 segi dan biarkan selama beberapa saat n angkatkn ke dalam pinggan
- sedia untuk di hidang bsm keluarga

selamat mencuba :)

-ayam goreng berempah serai-

hr ni aku mc sbb skit gusi..bru je balik dr bcuti..terus nk mc..hahaha..sengal gler..mesti bos aku mrah kt aku sbb br start keje da mc..ahaks..nasib la..nk wat cmne..da gusi kesayangan nih ttb je skit pg ni bl smpai opis..badi opis kot.kekkekek....

bl da smpai umah terus hilang skit..cmne tu..ehek2 kuasa tuhan..xde sape yg halang kan
so seharian dok dpan lptp je..aku surfing la recipe2 yg ade kt tenet nih..mood memasak membuak2...

antara menu yg aku usha is ayam goreng berempah serai klo nk ikut bahan n cara buat yg aku jmpe mmg xdpt lah sbb umah nih bnyk bahan yg xder smnjak nenek kesayangan ku g bermstautin ke kelantan..rayer nnti baru balik T_T

setelah di campur tolak ni la recipe yg aku wat petang tadi...selamat menjamu selera~~


tgk upe die je da tau kekurangn bahan...tp xper rs tetap ader..ngeh2..
bahan2 yg di short listed ;p
- ayam (ikut suke nk kecik2 ke nk ketul2 besa)
- serai, cili, halia, bawang putih di tumbuk (untuk diperap ngn ayam)
- serbuk kari
- garam, gula scukup rasa
- daun kari
cara2:
- perap ayam ngn bahan2 yg ditumbuk, serbuk kari, garam n gula seckup rasa
- goreng ayam yg telah diperap (lagi lm lg bgus)
- masukkan daun kari bl ayam da setengah masak
- goreng hingga garing
ok siap untuk di hidang bsm keluarga
selamat mencuba :)

Tuesday, June 14, 2011

Choco Cheese Marble Cupcake

Bahan A
250 gram mentega
250 gram gula kaster
6 biji telur
300 ml susu segar
60 gram serbuk koko, diayak
360 gram tepung gandum
2 sudu teh baking powder, diayak

Bahan B
250 gram krim keju
60 gram gula kaster
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur

Cara:
1. Pukul butter dan gula. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah diayak. Gaul rata.

2. Dalam bekas yang lain, pukul kesemua bahan bahan B hingga kembang.

3. Masukan dalam plastik dan potong hujungnya. Pipekan sedikit Bahan A dalam setiap cup. Kemudian pipekan sedikit Bahan B. Pipekan semula bahan A. Dan baki bahan B diletakan sedikit di atas kek sebagai hiasan.

4. Bakar di oven 180 deg C - selama 25 -30 mins. Terus dihidang. Boleh dimakan panas-panas. 

wanna try this recipe soon ^_^

-credit to http://myzajresepi.blogspot.com-

Saturday, January 1, 2011

-dellizze menu-

antara menu di dellizze, kuching :)
nice place, nice presentation, nice taste...
rating: ****