Thursday, September 15, 2011

-rendang udang-

selamat hari malaysia!!! =)
sbb hr ni cuti..so aktiviti kegemaran adelah memasak...so jom try recipe nih..pg td bgn2 tdo terus g usha2 recipe yg cm best nk dimasak hr ni kt internet..so here we go...rendang udang..pelikkan bunyinye..sbb jrang org msak rendang dgn udang..mostly ayam or dgg.tp tgk pic dier cm sedap tu yg teruja nk try..so kamu2 kt luar sana tu boleh la mencuba jgak ye..

Bahan2:
1. Udang (5-6 org makan)
2. 1 biji bawang besar* dikisar
3. 4 ulas bawang putih* dikisar
4. 2 hiris halia* dikisar
5. cili kisar*
6. 2 batang serai
7. 1 cawan santan
8. 3 sudu besar kerisik
9. 2 sudu besar serbuk kari
10. Air asam/ asam keping
11. Garam, gula

Cara2:
1. Panaskan minyak & tumis bahan * sehingga naik bau. Kemudian, masukkan serbuk kari, serai dan gaul
2. Masukkan santan, kerisik, air asam, garam dan gula. Gaulkan sehingga sebati, tambahkan sedikit air dan biar sehingga mendidih
3. Masukkan udang yg telah dibersihkan dan ditoskan. Gaulkan sehingga sebati dan dibiarkan beberapa min sehinggga masak.
4. Alihkan ke dalam pinggan untuk dimakan bersama nasi putih


Selamat mencuba~~

No comments:

Post a Comment