Tuesday, January 3, 2012

-kisah pendek 2 orang sahabat-

cerita ini mengisahkan seorang gadis dan seorang jejaka malaya (:p)...perkenalan mereka tidak diatur mahupun dirancang..namun ia ketentuan dr Ilahi..Si gadis baru berusia sekitar awal 20-an dan si jejaka lebey dewasa 2 thun dr si gadis..namun talian persahabatan tidak mengenal usia..dan sekarang mereka sudah berkawan selama tempoh 6-7 thun..di awal perkenalan, hubungan mereka hanya melalui "chatting" di "YM"..

Si gadis memang gemar ber"chatting"...terutama di zaman "study" nya dulu.."YM" la menjadi peneman di kala berada jauh dari keluarga..pada suatu hari ada satu yahoo ID yg tak dikenali menegur "YM" si gadis...pada masa itu, naluri ingin tahu sgt membuak2..lumrah manusia pada usia sebegini ingin mencari kenalan2 baru tidak kira berlainan mahupun sama jantina..di situ lah permulaan detik perkenalan mereka..rupa2nya si jejaka itu "kawan cyber" pd kakak si gadis...

hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun..perkenalan yg pd mulanya agak rancak mula terputus2 bila masing2 sudah terikat dgn kerjaya..namun ikatan kawan tetap ada..cuma tidak sekerap dulu berhubung..namun...

setahun yang lalu mengubah segalanya...bermula dengan "aku kau" diselit dengan "honey bunny" tapi kini diakhiri dengan "sy awak"...perjalanan hidup yg sgt manis bagi si gadis yg pastinya..si gadis berasa dirinya sgt disayangi dan dihargai namun perasaan itu hanyalah pinjaman semata2 kerana tiada yg kekal di dunia ini...ternyata jodoh tidak menyebelahi mereka...kuasa Allah tiada siapa yang mampu mengubahnya

tapi..apa yang pasti..mereka tetap menjadi sahabat hingga ke akhir hayat...walaupun kenangan manis tidak seluas laut namun sgt mendalam bg si gadis..mengenali si jejaka dengan lebey dekat memberikan pelbagai warna pelangi bg si gadis...terima kasih kerana si jejaka tidak pernah berselindung pd si gadis sepanjang perkenalan mereka..mungkin inilah ikatan sahabat yg tulus antara si gadis dan si jejaka.....

dan yang penting..menyayangi...tidak seharusnye memiliki....

No comments:

Post a Comment